Ternyata, anda sudah kerap mendengar tentang pemasaran affiliate. Bagaimanapun, anda belum pasti bagaimana anda boleh memanfaatkannya sebagai kerjaya sampingan yang menguntungkan?
Berikut adalah lima idea bagaimana anda boleh mula selaku pemasar affiliate:
Mengurus web (Web hosting)
Memandangkan bisnes kini beralih ke dalam talian ada banyak vendor urus web mencari peluang raih keuntungan. Ini bermakna akan terdapat lebih banyak program affiliate yang anda boleh pilih untuk berurusan.
Bayaran adalah kriteria paling penting dipertimbangkan. Contohnya, anda perlu lakukan lebih daripada program affiliate Liquid Web. Ia memberi komisen 150% bagi bulan pertama. Oleh itu jika anda merujuk pelanggan yang membayar AS$400 dalam bulan pertama, anda dapat komisen AS$600.
Program affiliate web yang kukuh perlu menyertakan sokongan penjualan. Anda perlu berurusan dengan program yang menyediakan rujukan aset dan pengiklanan (library creative assets banner) kreatif yang jimatkan masa anda.
Pastikan mengkaj mutu khidmat mengurus web yang anda promosikan. Perkenalkan niaga yang menerima reviu yang baik daripada pelanggan dan boleh diyakini. Mempromosikan produk yang kurang bermutu akan menjejas kredibiliti anda di mata audien anda.
Rujukan acara & webinar
Bantu penganjur acara mengisi tempat duduk dan terima bayaran bagi setiap rujukan pelangga.
Contohnya, program affiliate DigiMarCon Asia Pacific 2021 membayar AS$200 bagi setiap rujukan. Peranan anda adalah untuk menyebarkan acara dan menerima komisen setiap kali seorang mendaftar bagi acara tersebut.
Webinar semakin popular disebalik peraturan penjarakan selamat. Platfom seperti NinjaWebinar menawarkan program affiliate yang membayar komisen 30% bagi rujukan pelanggan setiap bulan dan sepanjang pelanggan terus berada di platfomnya.
Ia menawarkan peralatan pengurusan software untuk membantu pengguna menganjurkan webinar, dan anda akan menerima komisen jika seorang menjadi pelanggan dalam masa 90 hari selepas klik pautan affiliate anda.
Reviu minat anda
Jika anda peminat taksub fesyen, makanan, ataupun ada binatang peliharaan, anda boleh mendapat keuntungan dengan hanya berbual mengenai beg tangan, lauk atau tentang makanan anjing.
Anda boleh reviu pasta dan mendapat bayaran rujukan apabila pembaca membuat tempahan di restoran menerusi blog makanan anda. Program Chope's Affiliate, contohnya, menyediakan butang Book Now di samping reviu makanan. Apabila pengguna buat tempahan menerusi pautan Chope anda, anda menerima bayaran berdasarkan perjanjian yang telah anda persetujui dengan mereka.
Yang lain, seperti Amazon, membayar komisen antara 1% dengan 10% bergantung kepada kategori produk yang dilanggani. Pakaian dan benda kecantikan adalah antara yang menguntungkan. Laman (site) seperti itu mengandungi produk potfolio yang luas oleh itu anda boleh promosikan tempat tidur anjing atau reviu alat (gadget) elektronik. Jika pelanggan membeli item yang anda paparkan dalam blog anda, anda akan menerima komisen atas jumlah yang dibeli pelanggan tersebut.
Berdagang untuk klien (Trading for clients)
Jika anda bijak menganalisis pasaran saham dan perdagangan, sila tinjau platform seperti Forex4you untuk mendapat pendapatan sampinga
Tarik minat klien atau rakan kongsi dan terima bayaran setiap kali mereka berdagang di Forex4you. Jika anda menarik minat seorang klien, anda akan terima komisen 50% atas semua keuntungan yang dijana oleh klien (50% spread rebat daripada dagangan klien). Jika anda menarik perhatian rakan kongsi, anda akan terima komisen 16.7%. Lebih baik lagi! Apabila rakan kongsi tersebut menarik masuk rakan kongsi lain, anda akan terima komisen 5.6% atas bayaran yang dijana oleh rakan kongsi tersebut (sub-contractor).
Semakin ramai klien atau rakan kongsi yang dapat anda tarik masuk, semakin tinggi pendapatan bulanan anda. Yang jelas, anda perlu membina rekod perdagangan yang kukuh untuk menarik minat klien atau rakan kongsi untuk berdagang dengan anda.
Pasarkan emel tersebut ( Market that e-mail )
Hampir semua orang ada emel, dan setiap jenama niaga mahu menarik minat pelanggan menerusi ‘inbox’. Ini bererti syarikat perlu peralatan pemasaran emel untuk membantu menarik pelanggan dan lancarkan promosi dan kempen.
Vendor software pemasaran emel manfaatkan rujukan untuk meneruskan khidmatmereka. Salah satu ialah Constant Contact, yang program bersekutunya membolehkan anda menerima $5 bagi setiap rujukan pelanggan yang layak (qualified leads). Yang utama, anda menerima $105 bagi setiap rujukan yang mendaftar buka akaun. Yang terbaik? (The best part?) Tidak ada had bagi jumlah rujukan.
Untuk membantu anda, mereka menawarkan aset kreatif termasuk iklan dan slogan yang anda boleh gunakan di laman web anda.
Bagaimanapun, pastikan mengkaji produk sebelum anda mempromosikannya .