Ya, anda mungkin sudah mendengar bahawa pemasaran affiliate boleh menambah pendapatan anda. Bagaimanapun, sebelum mencubanya, anda perlu membangunkan jenama niaga yang diyakini ramai.
Berikut adalah lima cara membangunkan jenama niaga anda untuk menjadikan anda tarikan kepada program affiliate berminat untuk bergabung.
Buat yang terbaik pada domain anda
Untuk mula, pilih domain atau niche yang anda mahu dikenali. Fikir dengan teliti kerana anda perlu menumpukan masa kepada bidang yang dipilih ini. Oleh itu pilih subjek yang sesuai dengan anda atau yang anda minat.
Jika pasaran yang anda mahu teroka luas, seperti haiwan peliharaan atau sukan, cuba khususkan kepada kategori lebih kecil. Misalnya tumpukan kepada anjing dan haiwan peliharaan reptilia atau bola sepak dan tenis. Ia akan menambah pengetahuan anda mengenai subjek tersebut. Anda juga dapati ia lebih mudah untuk menarik perhatian jika pasaran kecil.
Tambahan pula, ia tidak merumitkan jika anda memantau bidang pasaran yang lebih khusus. Ini bererti anda boleh bertindak lebih pantas kepada perkembangan terkini dan membuat kandungan pemasaran lebih baik.
Ambil perhatian
Terdapat peraturan di beberapa negara yang mengurus tadbir pemasaran dan pengiklanan produk dalam kategori tertentu, seperti jagaan kesihatan. Contohnya, Malaysia melarang mengiklan peralatan perubatan berdaftar tanpa kelulusan dari Kementerian Kesihatan. Oleh itu lebih berhati-hati apabila memilih program affiliate atau membuat perbincangan dalam pasaran tersebut.
Bangunkan pemasaran dalam talian anda
Sebaik saja anda memutuskan niche anda, anda akan memerlukan platfom bagi memaparkan kepakaran anda.
Mengurus blog atau laman web sendiri adalah cara terbaik sebab ia memberi banyak fleksibiliti. Anda boleh pos di media pilihan anda dan ‘tag’ kandungan pemasaran anda dengan pautan affiliate.
Perluas jangkauan anda juga, dengan ‘tap’ media sosial popular seperti YouTube, Twitter, LinkedIn, Instagram, dan Facebook.
Pilih jenis media yang boleh menonjolkan dengan berkesan produk dan khidmat yang anda cuba pasarkan. Ini juga bergantung kepada format yang anda gunakan bagi memperkenalkan produk anda.
Sebagai contoh, jika anda ikuti program affiliate dengan Forex4you, anda boleh menyalurkan tip harian perdagangan saham menerusi Twitter. Laman blogmikro menawarkan platform ideal bagi menyediakan maklumat yang pantas dan ringkas . Tweet anda boleh menyertakan pautan affiliate termasuk pautan menghalakan pengikut anda ke blog anda bagi perbincangan yang lebih terperinci.
Ambil perhatian
Jika anda merancang mengurus laman web anda sendiri, perlu ingat keadaan mungkin menjadi rumit sedang anda mengembangkan pemasaran dalam talian anda. Pilih instrumen pengurusan yang boleh membantu mengurus kandungan pemasaran anda dengan baik. Khidmat pengurusan fleksibel akan juga membolehkan anda meningkat apabila kandungan pemasaran anda menarik lebih perhatian dalam talian.
Fokus pada kandungan pemasaran yang bermutu
Bagi menarik perhatian, hasilkan kandungan pemasaran yang gah dan menarik perhatian audien sasaran anda.
Ini bererti, anda perlu menghasilkan kandungan pemasaran yang bermutu, tekal yang diyakini. Pos kandungan pemasaran baru secara kerap membolehkan audien anda dapat menjangka bila ia akan disiarkan.
Semua ini perlu dikemas kini dan menjadi ruang memaparkan mutu sebenar produk dan khidmat yang ditawarkan oleh rakan niaga affiliate anda. Yang lebih utama, perlu tulen. Tiada siapa yang yakin kepada pengenalan jualan yang kurang sahih.
Anda juga boleh menjana pembekalan dan pengedaran dengan menerapkan topik yang ikut arah aliran berkaitan domain anda. Pantau perkembangan pemasaran terkini dan sertakan hashtags, oleh itu kandungan pemasaran anda akan muncul apabila pengguna lakukan carian pada kata kunci tersebut.
Ambil perhatian
Jika anda tidak menerima maklum balas mengenai prestasi terkini kandungan pemasaran anda, anda mungkin menghasilkan produk yang menghasilkan pulangan rendah. Oleh itu pantau keberkesanan pos anda dan buat penyesuaian secara berterusan kandungan pemasaran anda untuk mengoptimumkan perhatian.
Jenama niaga anda perlu tarik perhatian
Segala kepakaran yang anda kongsi menjadi sia-sia jika pengguna tidak menyedari kewujudan anda. Oleh itu manfaatkan cara memperkenalkan jenama niaga anda buat anda dikenali.
Anjur sesi AMA (Tanya saya apa saja) bagi membantu audien sasaran anda lebih memahami bidang kepakaran anda atau domain anda. Beri barangan percuma untuk menjana minat atau menambah rasa ingin tahu terhadap anda dan jenama niaga anda.
Anda juga boleh bekerjasama dengan lain pakar khusus dan terbitkan video panduan atau podcast untuk membincangkan isu-isu yang ikut arah aliran dalam pasaran niche anda.
Anda boleh pertingkat pemasaran jenama niaga anda menerusi platfom media sosial, termasuk saluran produk baru seperti Clubhouse dan Twitter Spaces.
Beri perhatian
Jika anda merancang menjadi hos sesi secara langsung, perlu berhati-hati bahawa apa yang anda bualkan secara spontan akan kekal dalam talian. Bercakap hanya perkara yang tidak membuat anda menyesal nanti.
Libatkan jaringan dan audien anda
Tidak ada sesiapa yang seronok bercakap dengan tembok, oleh itu luangkan masa untuk berinteraksi dengan audien anda. Berbual tentang isu semasa relevan kepada domain anda dan beri maklum balas kepada komen-komen.
Anda juga boleh mengembangkan jenama niaga anda dengan memupuk hubungan dan menjangkau kepada ‘influencer’ lain. Sifatkan ia sebagai bertukar-tukar idea, di mana anda boleh belajar daripada pakar lain dalam bidang anda dan mempertingkat pengetahuan anda.
Pengikut ‘influencer’ tersebut mungkin hargai nilai tambah yang anda sertakan kepada perbincangan dan menjadi audien anda juga.
Beri perhatian
Anda perlu menerima baik buruk, oleh itu bersedia menghadapi kritikan—termasuk yang kasar—sebaik saja nama anda dikenali.