Ramai yang nampaknya sudah ada, apa kata anda juga mulakan ‘side hustle?’ (pendapatan sampingan?)
Anda boleh kekal dengan kerja tetap anda dan menambah pendapatan sampingan. Ia juga baik untuk menjadikan hobi sebagai pendapatan sampingan yang lumayan.
Bagaimanapun ada beberapa cabaran yang anda harus atasi sebelum anda mulakan ‘side hustle’.
Bermula dengan membuat pilihan
Nampak mudah, tapi memilih yang mendatangkan hasil adalah satu cabaran.
Bukan semua hobi boleh menjadi sumber meraih untung dan bukan semuanya sama. Ada yang menjana pendapatan yang kurang daripada yang lain, oleh itu anda perlu pertimbangkan pilihan anda.
Ini bererti anda perlu mengimbangi di antara apa yang anda minat dengan sejauh mana anda bersedia maraih untung yang kurang daripada yang diharapkan jika anda memilihnya.
Anda juga perlu pastikan ‘side hustle’ yang anda lakukan tidak menjejas kerja tetap anda. Ia juga kurang selesa jika majikan anda mendapat tahu anda bekerja untuk pesaing mereka.
Lebih penting, anda mungkin mahu lakukan ‘side hustle’ yang anda mahir. Anda mungkin amat berminat mengait (crocheting) tetapi jika stokin yang anda kait tidak sempurna, mungkin ia tidak dapat perhatian pelanggan dalam talian.
Usah terlalu yakin dengan kepercayaan umum (beware the myth)
Anda mungkin dengar bahawa mudah bagi seseorang meraih ribuan dolar setiap bulan daripada ‘side hustle’. Tetapi ada perbelanjaan yang perlu dibuat bagi meneruskan ‘side hustle’. Contohnya, drebar berkongsi kenderaan (ride sharing drivers) perlu membayar petrol, insurans dan penyenggaraan (maintenance) atau sewa. Ini semua mengurangkan pendapatan bulanan dan komisyen anda.
Luangkan masa daripada kerja tetap
Jika waktu kerja tetap anda panjang, sukar bagi anda meneruskan atau mengembangkan ‘side hustle’.
Ia akan menjadi lebih rumit apabila waktu kerja anda tidak tetap atau berfungsi ikut syif . Ini mungkin menjadi masalah besar jika sukar mengubah jadual saat akhir bagi ‘side hustle’ jika misalnya anda mengajar yoga secara berkumpulan (group class).
Ada di antara ‘side hustle’ juga perlu jawapan pantas, dan jawapan yang lambat boleh menyebabkan peluang niaga lumayan gagal diperolehi. Keperluan menjawab pertanyaan pelanggan dengan pantas memakan masa dan anda mungkin hilang tumpuan kepada kerja tetap anda.
Jika anda masih berminat mulakan ‘side hustle’ walaupun sibuk dengan kerja tetap, pilih yang mudah diubah jadual dan diurus.
Usah terlalu yakin dengan kepercayaan umum
"Anda hanya perlu luangkan masa" tidak selalu benar. Kita ada 24 jam sehari untuk dimanfaatkan. Jika kerja tetap anda perlukan 18 jam, dan anda juga perlu tidur, bukan mudah untuk anda hanya sekadar “luangkan masa’’.
Teruskan tanpa kehilangan tidur
Anda sedar anda ‘kerja melampaui batas’ jika melakukan ‘side hustle’ menyebabkan anda tertidur semasa waktu kerja.
Sebilangan ‘side hustles’ perlukan lebih masa anda untuk memantau perkembangannya, menjawab pertanyaan dan buat penyesuaian untuk meningkatkan penjualan.
Anda mungkin mahu melakar strategi atau ‘timeline’ yang diperlukan bagi mengembangkan dan mengekalkan ‘side hustle’. Buat jadual waktu yang anda perlukan dan pastikan ia tidak mengakibatkan anda tidak bertenaga kerana kurang tidur.
Jika anda mahu ‘side hustle’ yang tidak menjejas waktu tidur anda, pertimbang pilihan yang boleh dilakukan secara automatik. Contohnya, Share4you adalah platform perdagangan menyalin yang anda boleh pilih dan menyalin secara automatik kegiatan perdagangan pedagang berpengalaman yang dikenali sebagai ‘leaders’. Anda juga boleh berhenti buat sementara kegiatan dagangan jika anda perlu.
Usah terlalu yakin dengan kepercayaan umum
"Anda boleh tidur lena jika anda berjaya." Masalahnya kadang kala sebilangan ‘side hustle’ memakan masa bawa untung. Jika ia berlarutan hingga mengambil masa bertahun-tahun, anda mungkin mengalami kerugian.
Adakah ia berbaloi (deciding if it is worth it)
Jika anda ambil masa lima jam sehari untuk ‘side hustle’ hanya setakat meraih pendapatan tambahan lima dolar, anda perlu bertanya diri anda sama ada ia berbaloi.
Dan apabila anda tidak dapat hadiri parti hari jadi anak anda, anda mungkin mahu pertimbangkan kekurangan dan kelebihan meneruskan ‘side hustle’.
Mungkin agak sukar untuk mengurangkan kerugian selepas anda sudah berpenat lelah membangunkan ‘side hustle.’ Bagaimanapun ia sama berat jika anda lambat menyedari bahawa segala usaha anda hanya sesia.
Bagi mengurangkan kerugian begitu, lakukan penilaian atau menghitung stok dalam tangan enam bulan sekali bagi memastikan kemajuan anda. Ini membolehkan anda membuat penyesuaian untuk menambah baik keuntungan daripada ‘side hustle’ anda.
Usah terlalu yakin dengan kepercayaan umum
"Keuntungan akan tiba, tunggu saja." Daripada bergantung harap kepada sesuatu yang anda mungkin tidak mencapainya, tetapkan jangka masa yang anda perlukan untuk mengembangkan ‘side hustle’. Dan jika ia tidak mendatangkan hasil, ikut jangka masa yang anda telah tetapkan dan buat pilihan lain.
Tetapkan bila untuk berkembang dan berhenti
Akan tiba masa anda perlu membuat keputusan sama ada sudah tiba masa untuk berkembang atau berhenti.
Jika ‘side hustle’ anda berjaya dengan cemerlang, anda mungkin mahu menjadikannya sesuatu yang tetap (permanent). Ini termasuk membuat keputusan yang sukar iaitu berhenti daripada kerja tetap anda dan tumpukan sepenuhnya kepada ‘side hustle’ anda.
Ini bererti mengambil risiko meninggalkan sesuatu yang stabil dan beralih kepada sesuatu yang mungkin gagal beberapa tahun atau beberapa bulan kemudian.
Ia juga boleh menjadi sukar untuk membuat keputusan bila untuk melepaskan dan hentikan ‘ side hustle’ yang merugikan. Ini mungkin berlaku jika ia melibatkan sesuatu yang anda amat berminat dan akan kecewa bila ia gagal untuk berkembang.
Ada baiknya jika mendapatkan pandangan dan nasihat daripada mereka yang telah menceburi ‘side hustles’, sama ada ini terbukti menguntungkan atau tidak. Mereka boleh membantu anda mengharungi cabaran anda dan membuat keputusan yang tepat apabila diperlukan.
Usah terlalu yakin dengan kepercayaan umum
"Anda akan gagal, jangan mencubanya." Tetapi jika anda tidak mencuba ‘side hustle’ anda, bagaimana anda tahu anda akan gagal? Oleh itu ayuh melangkah dan pastikan ia berhasil!