English: Relative Strength Index (RSI) Beginners Guide
Bahasa: Indeks Kekuatan Relatif (RSI) Panduan Muka Baru
Petikan: Pernahkah anda sentiasa tertanya-tanya bagaimana menggunakan Indeks Kekuatan Relatif (RSI)? Dengan panduan pemula Forex4you pada RSI, anda akan belajar cara menggunakan RSI dalam pelbagai cara.
Indeks Kekuatan Relatif (RSI) adalah salah satu indikator teknikal yang paling popular di kalangan pedagang Forex. RSI dipaparkan sebagai oscillator dan boleh didapati dalam set piawai terminal dagangan utama, termasuk Forex4you. RSI mempunyai satu garisan, yang membantu menentukan kekuatan trend instrumen perdagangan (sekuriti) trend semasa, serta kemungkinan titik terbalik arahnya. RSI membandingkan nilai mutlak pertumbuhan harga pasangan dalam tempoh masa tertentu dengan paras kejatuhannya dalam tempoh yang sama. Hasil pengiraan tersebut dipaparkan sebagai lengkung (curve) pada carta dengan julat nilai dari 0 hingga 100%.
English: Moving Average
Bahasa: Purata Bergerak
Bagaimana membaca dan menggunakan parameter RSI?
Indikator RSI mempunyai parameter tunggal, iaitu bilangan tempoh indikator tinjau kembali (looks back on). Tempoh tetapan (default) adalah 14. Nilai tempoh boleh berubah bergantung kepada aktiviti pasaran tukaran asing. Peniaga harus ingat bahawa semasa pasaran tidak menentu, apabila lengkung indikator merentasi paras 30 dan 70%, selalunya ia menghasilkan isyarat palsu. Untuk hilangkan isyarat palsu, tempoh RSI boleh ditingkatkan, sebagai contoh, kepada 21. Peniaga harus menggunakan tempoh yang lebih pendek apabila terdapat turun naik yang rendah di pasaran, jadi isyarat indikator jarang kelihatan. Dalam keadaan sedemikian, peniaga boleh mengurangkan tempoh RSI hingga 7.
Isyarat dagangan utama indikator RSI adalah penyimpangan (percanggahan dalam tingkah laku harga pasangan dan bacaan indikator). Sekiranya harga membuat dua kenaikan tinggi dan indikator RSI menarik dua penurunan tinggi pada masa yang sama, ini menunjukkan kelemahan trend bullish, yang boleh membawa kepada terbalik arah trend semasa atau gerakan pembetulan yang berpotensi dalam arah yang bertentangan. Sebaliknya berlaku bagi trend bearish.
Bagaimana untuk menggunakan Indeks Kekuatan Relatif (RSI)?
Welles Wilder, pencipta RSI, berpendapat bahawa harga lambat laun berubah arahnya, kerana harga pasangan dagangan dapat masuki zon belian tepu atau jualan tepu. Atas sebab ini, yang paling genting bagi indikator RSI adalah paras 30 dan 70.
Sekiranya nilai RSI kekal antara 70 dengan 100 bagi jangka masa panjang, maka harga pasangan dagangan dianggap belian tepu. Oleh itu, kemungkinan besar berlaku keterbalikan. RSI paras 70 dan yang lebih tinggi dianggap sebagai zon belian tepu.
Oleh itu, sebarang nilai RSI dari 0 hingga 30 dianggap sebagai zon jualan tepu, bermakna harga terlalu rendah dan boleh berubah menaik. Peniaga harus mempertimbangkan memasuki pasaran, apabila RSI meninggalkan zon jualan tepu atau belian tepu.
Cara lain untuk menggunakan RSI
Analisis bentuk grafik pada carta RSI
Selalunya bentuk grafik (segitiga, penanda (pennant), "kepala dan bahu", dan lain-lain) dibentuk pada carta indikator RSI, sementara pada carta harga mereka tidak ditemui. Tafsiran bentuk grafik serupa dengan tafsiran mereka pada carta harga.
Analisis tahap sokongan dan rintangan RSI.
Tahap sokongan dan rintangan boleh dikesan pada carta RSI lebih mudah daripada pada carta harga. Tafsiran paras sokongan dan rintangan tidak berbeza daripada tafsiran yang sudah lama wujud. Penembusan atau melantun daripada paras tersebut boleh memberi isyarat dagangan yang baik. Sebagai contoh, pecahan paras sokongan indikator RSI berlaku sebelum pecahan paras sokongan carta harga, memberi amaran pada peniaga mengenai teralik arah trend yang akan tiba.
Analisis kedudukan garisan pusat RSI (nilai 50).
Jika carta RSI di atas garis pertengahan, mood bullish berlaku di pasaran. Jika carta indikator di bawah garis tengah, maka bear menguasai pasaran. RSI turun naik di kawasan garis pertengahan, ini menunjukkan pasaran yang mendatar. Ini menyimpulkan kaedah utama bagaimana RSI boleh digunakan. Jika anda ada pertanyaan bersangkutan Indek Kekuatan Relatif (RSI) sila kirim komen anda di bawah dan kami akan hubungi anda. Untuk pelajaran lebih lanjut mengenai dagangan crypto atau Forex, kunjungi laman web Forex4you untuk dapatkan semua kursus, bimbingan, alat dagangan dan banyak lagi.