Tukaran mata wang asing, yang juga dikenali sebagai pasaran forex, kini adalah salah satu pasaran kewangan yang terbesar. Ia mencatatkan volum (volume) perdagangan harian sebanyak $5.1 trillion.
Menurut Dana Kewangan Antarabangsa, pengeluaran (out put) ekonomi Asia dijangka mengecut 1.6%. Ini adalah penurunan daripada pertumbuhan sifar yang diunjurkan (projection) lebih awal pada April 2020. Beberapa ekonomi lebih terjejas daripada yang lain jika ia bergantung kepada pelancongan.
Kesannya kepada pekerjaan memberi peluang terbaik untuk mendapatkan (recruit) ‘downline’. Dengan lebih banyak masa luang, terdapat lebih ramai individu yang mencari sumber pendapatan.
Tetapi sebelum anda mendapatkan ‘downline’, mereka perlu kenal siapa anda dan mengapa mereka harus yakin kepada anda.
Jika anda sudah mempunyai laman web, blog atau akaun sosial media, kami akan tunjukkan anda bagaimana menjadikan anda lebih menonjol dan dikenali .
1. Sertakan YouTube sebagai sebahagian daripada strategi anda
Disebabkan orang ramai diarahkan jangan keluar rumah, mereka mempunyai banyak masa lapang. Pertingkatkan diri (self-improvement) merupakan langkah popular bagi mereka yang bosan.
Sebilangan daripada mereka meneroka pelaburan bagi menambah pendapatan mereka. Dijangkakan terdapat pelbagai pilihan di tengah-tengah keadaan pasaran yang buruk. Oleh itu bagaimana mereka, pelabur runcit, menghadapinya dan membuat keputusan?
Beralih ke Internet adalah satu pilihan jelas.
YouTube, yang merupakan enjin carian yang kedua terbesar, wajar jadi pilihan pertama.
Sebaik saja anda menubuhkan saluran (channel), anda perlu menentukan topik yang anda akan kongsi (share). Sampel boleh menyertakan:
- Cara mudah mengembangkan akaun perdagangan kecil
- 5 tip utama bagi peniaga baru
- Bagaimana mendapatkan sumber kewangan baru serta-merta
Selepas bereksperimen (experiment) secara kerap dengan kandungan (content) mudah, mula kembangkan kewibawaan (authority) anda. Jika anda yakin dengan pengetahuan anda, jadi hos siaran langsung. Atau manfaatkan pakar-pakar lain dengan menganjurkan siri interviu khusus untuk pelabur runcit.
2. Melabur dalam pasaran enjin carian
Jika anda lebih berminat menulis, artikel dan blog mungkin boleh menjadi laluan memasarkan kepakaran anda. Dan mempertingkatkan kandungan anda untuk meneroka sesuatu yang baru (discovery) yang mendatangkan faedah kepada anda.
Terdapat dua perkara yang perlu anda lakukan: Pemasaran enjin carian (SEM) dan peningkatan (optimization) enjin carian (SEO).
SEM adalah proses membeli iklan di enjin carian untuk menarik perhatian kepada laman web anda.
Anda memilih kata kunci (keywords) yang mungkin dicari oleh bakal pelanggan (potential leads) di enjin carian. Ini membuatkan pengguna melihat pautan kepada kandungan anda terlebih dahulu. Ini adalah iklan bayar setiap klik (pay-per-click) (PPC). Ia paling efektif untuk mendapat bakal pelanggan yang menunjukkan minat (berdasarkan pada carian ingin tahu (search queries) mereka). Tetapi memilih kata kunci popular mungkin perlukan belanja besar. Oleh itu anda perlu berusaha buat kajian bagi dapatkan gabungan (combination) terbaik bagi kata kunci. Pada masa yang sama anda juga perlu menambah baik (improve) kandungan dalam laman anda.
Berbeza dengan carian yang perlu bayaran, SEO percuma dan tunjukkan keputusan carian organik.
Semakin relevan kandungan anda, semakin tinggi kedudukannya di halaman keputusan enjin carian. Dan berada di atas sering membuat orang ramai menganggap anda seorang yang berwibawa. ‘Percuma’, tentu saja relatif. Anda perlu melabur usaha dalam menjadikan kandungan anda dinilai baik.
Untuk berjaya dalam SEO, anda perlu fahami apa yang dicari oleh pelanggan anda. Ini termasuk kata kunci yang kurang popular tetapi menawarkan lebih butiran mengenai apa yang mereka cari. Salah satu cara untuk menambah baik kedudukan laman anda ialah membuat orang lain berpaut balik kepada kandungan anda.
SEO perlukan banyak usaha tetapi manfaat SEO adalah jangka panjang. Ia akan terus membantu anda menjana trafik organik.
3. Mengundang orang ke saluran anda
Sedang anda meluaskan pengaruh anda dalam talian, penting untuk mengekalkan sentuhan peribadi.
Libatkan diri dengan individu-individu yang berinteraksi dengan kandungan anda. Jemput penonton anda membuat cadangan. Berbuat sesuatu untuk mereka mungkin menarik mereka kepada atau berkongsi profil (profile) anda. Masa yang anda gunakan untuk respon (responding) kepada maklum balas boleh mengukuhkan keyakinan dengan cepat. Ia juga membezakan anda dengan penulis kandungan yang hanya menghantar mesej (message) satu hala.
Tetapi jika anda sudah lakukan ini, maka sudah tiba masa bagi anda mempertingkatkannya.
Tubuhkan komuniti (community) anda sendiri untuk jangkauan audien (audience) tanpa batas. Anda boleh lakukan ini dengan percuma atau menggunakan alat freemium (freemium tools) seperti fungsi kumpulan dalam aplikasi chat seperti Telegram dan Slack. Membayar sedikit bagi khidmat ini akan membuat mengurus komuniti lebih mudah, tetapi kebanyakan mendapatkan secara ‘percuma tapi terhad’ (free tier). Anda boleh bereksperimen.
4. Saranan terakhir
YouTube dan carian adalah alat untuk mengubah audien (viewers) menjadi komuniti. Dari segi keutamaan, komuniti anda adalah destinasi bagi mereka yang anda bawa. Ia adalah di mana mereka mendapat akses secara langsung kepada anda dan saranan anda. Ia juga adalah di mana komuniti boleh belajar antara satu dengan lain di bawah pengawasan teliti seorang pemimpin (anda).
Lakukan tiga tip ini dan pengaruh anda dalam talian pasti berkembang dan menjadi broker yang lebih cemerlang dengan Forex4you.
Ayuh mengewangkan (monetize) pengaruh anda sebagai rakan sekutu Share4youhari ini.
Forex Trading libatkan risiko kepada modal pelaburan anda. Sila baca dan pastikan anda benar-benar faham mengenai Pendedahan Risiko