English: Forex Trading for Beginners
Bahasa: Perdagangan Forex untuk Muka Baru
Petikan: Adakah anda baru dalam perdagangan? Oleh itu penting untuk fahami asas analisis teknikal. Forex4you telah menyediakan kursus analisis sebagai permulaan untuk anda.
Buat masa ini analisis teknikal adalah paling popular dan merupakan kaedah biasa bagi menganalisis pasaran saham dan pasaran Forex. Ia digunakan oleh jutaan peniaga dan pelabur serata dunia bagi meramal harga saham, mata wang, futures, opsyen (option) dll.
Setiap hari indikator baru, teknik, dan teori muncul menyentuh tentang penggunaan analisis teknikal. Antaranya menjadi pencapaian penting (real breakthrough) dan tercatat dalam sejarah, sementara yang lain, adalah versi moden daripada penemuan yang telah diperkenalkan sebelum ini. Dalam kursus analisis teknikal hari ini, kita akan berbincang mengenai prinsip utama analisis teknikal Forex dan mengapa ia begitu popular bagi perdaganga Forex.
Apa itu analisis teknikal Forex?
Dalam analisis teknikal, pelbagai alat dan kaedah digunakan, tetapi semuanya berdasarkan satu andaian umum: dengan menganalisis masa berselang (time lapse) dan kenal pasti trend, ia boleh meramalkan perilaku harga masa akan datang. Ia berdasarkan pada analisis siri masa harga, selalunya graf dengan tempoh masa berbeza.
English: Moving Average
Bahasa: Purata Pergerakan
Carta paling popular yang digunakan oleh peniaga Forex adalah carta batang lilin (candlestick). Di atas, satu contoh carta perdagangan di mana Pound British didagang terhadap Dolar AS. Carta ini dipetik daripada perisian perdagangan MetaTrader4, iaitu perisian perdagangan yang paling banyak sekali digunakan bagi peniaga Forex di pasaran. Bagi maklumat mengenai Metatrader 4, sila baca artikel kami mengenai 'perisian teknikal Forex paling popular’ (tambah hyperlink pada artikel Forex4you).
Sejarah analisis teknikal Forex dan asas
Pengasas analisis teknikal moden ialah Charles Dow, yang pada permulaan kurun ke 20 merumuskan prinsip asas dan mengandaikan analisis teknikal. Komponen utama dan prinsip kekal relevan hingga sekarang.
1. Harga pasaran ambil kira semua
-
Ini bermakna sebarang peristiwa yang berlaku dalam ekonomi, dalam politik dan relevan kepada pasaran, sudah diambil kira dan akan dipaparkan pada harga saham.
2. Pergerakan harga berarah dan harga bergerak dalam trend.
-
Andaian ini mendasari analisis teknikal secara keseluruhan: pergerakan harga bukan turun naik yang kacau bilau tetapi trend menaik dan menurun. Pelbagai alat analisis teknikal digunakan untuk menentukan arah trend ini.
-
Harga sekuriti cenderung bergerak dalam trend yang boleh dilihat dengan kecenderungan untuk kekal dalam trend.
-
Trend disifatkan kukuh sehingga garisan trend putus (broken)
-
Selepas satu trend sudah dibentuk, pergerakan harga masa depan lebih cenderung menuju ke arah yang sama dengan trend dan bukan ke arah bertentangan.
-
Berdagang pada arah yang sama dengan trend
3. Sejarah dalam pasaran berulang lagi
-
Prinsip ini berdasarkan kepada sifat psikologi manusia dan berkata: Jika pada masa lalu, di bawah beberapa keadaan awal, sejarah berkembang dalam cara tertentu, selepas itu pada masa depan, di bawah keadaan yang sama, ia akan berkembang dengann cara yang sama.
-
Banyak daripada corak carta dalam analisis teknikal dipercayai masih relevan, walaupun jika ia sudah digunakan selama 100 tahun kerana ia menggambarkan corak dalam pergerakan harga yang biasanya berulang.
Analisis Teknikal lwn analisis Asas: Apa perbezaannya?
Analisis teknikal membantu untuk meramal kemungkinan arah pergerakan harga sebuah aset berdasarkan corak yang dikenalpasti dalam dinamik harganya pada masa lalu. Analisis teknikal hanya berminat pada pergerakan harga dalam pasaran, tetapi tidak pada "nilai" sebuah syarikat. Seorang peniaga menggunakan analisis teknikal untuk menentukan keadaan terbaik bagi membuka satu kedudukan di pasaran, iaitu membeli dan menjual saham.
Analisis asas termasuk melibatkan menganalisis ciri sebuah syarikat untuk menganggar nilainya. Ia digunakan untuk meneliti keadaan kewangan dan ekonomi perindustrian, syarikat persendirian dan daya penarik pelaburannya. Syarikat menarik jika syer mantap dalam jangka panjang dan syarikat itu sendiri ada potensi untuk pembangunan. Penganalisis pasaran, yang lebih suka gunakan analisis asas, dengan lain perkataan prestasi asas laporan ekonomi dan laporan tahunan.
Analisis asas membolehkan memahami sama ada syer syarikat di bawah nilai atau terlebih nilai pada masa ini. Analisis teknikal membolehkan menentukan masa terbaik untuk menyertai ke dalam urusniaga. Analisis asas lebih banyak digunakan bagi pelaburan jangka panjang, sementara analisis teknikal digunakan bagi urusniaga spekulatif jangka pendek dalam pasaran.
types of analysis = Jenis-jenis analisis
Technical Analysis = Analisis Teknikal
Looks purely at price actions and ignores the noise created by news and economic data = Beri perhatian pada tindakan harga dan usah peduli bunyi yang dibuat oleh berita dan data ekonomi
Fundamental Analysis = Analisis Asas
Takes more rigorous assessment of the core fundamentalist of a currency that may drive demand = Membuat penilaian lebih ketat pada teras asas mata wang yang boleh cetuskan permintaan
Combination of Technical and Fundamental analysis = Gabungan Analisis Teknikal dan Asas Timbangkan kedua-dua aspek
Consider both technical and fundamental aspects when assessing trading for a much more balanced view. = teknikal dan asas apabila menilai perdagangan bagi pandangan lebih seimbang.
Alat Analisis Teknikal Forex
Dalam analisis teknikal, alat tambahan berikut digunakan:
-
indikator – purata tertentu parameter harga, atas dasar di mana kita boleh andaikan trend pergerakan harga pada masa depan. Matlamat menggunakan indikator ialah untuk mengenalpasti peluang perdagangan.
-
oscillators, yang digunakan, sebagai peraturan, apabila harga bergerak dalam lingkungan ‘koridor pasaran’ yang agak sempit. Alat ini biasanya digunakan sehubungan dengan indikator analisis lain untuk membuat keputusan perdagangan, terutama apabila mencari trend jelas dalam harga saham syarikat bertambah sukar.
Indikator dan oscillators yang dikenali ramai dan kerap digunakan adalah RSI, ACD, Momentum, Stochastics, ADX.
Mengapa analisis teknikal forex sangat popular?
Jika anda meninjau pada statistik, anda boleh lihat 90% daripada peniaga mula kenal dengan bursa saham atas dasar analisis teknikal. Secara praktik peniaga profesional gunakan gabungan analisis asas dan teknikal. Kedua-dua kaedah melengkapi satu dengan lain dengan baik dan menggunakan mereka serentak membantu mendapatkan gambaran lengkap dan pemahaman tentang gambaran keseluruhan pasaran dan paling tepat menghitung arah masa depan gerakan harga.