Secara keseluruhan penyimpangan ialah keadaan apabila terdapat percanggahan di antara carta harga dengan carta indikator teknikal. Dengan lain perkataan, seorang peniaga perlu membandingkan dua carta (carta indikator dan carta harga) dan jika carta bergerak pada arah yang bertentangan, maka terdapat penyimpangan.
Penyimpangan beri isyarat (signal) mengingatkan peniaga bahawa beliau perlu berhati-hati. Bergantung pada keadaan, isyarat ini boleh ditafsirkan sama ada sebagai terbalik arah trend atau sebagai berterusan. Kadangkala penyimpangan membentuk beberapa rendah dan tinggi sebelum arah terbalik sebenar berlaku, oleh itu sebelum anda bertindak, adalah penting untuk mendapatkan isyarat yang sah. Bagi pengesahan arah terbalik trend, para peniaga biasanya cuba berusaha mencapai tinggi lebih tinggi atau rendah lebih rendah, mengatasi maksimum atau minimum bar sebelumnya, menembusi paras sokongan/rintangan penting , dll.
Beberapa jenis Penyimpangan Forex
Terdapat empat jenis penyimpangan:
-
Bullish Tetap (Regular Bullish);
-
Bearish Tetap;
-
Bullish Terlindung (Hidden Bullish);
-
Bearish Terlindung.
English: Regular bullish divergence
Hidden bullish divergence
Regular bearish divergence
Hidden bearish divergence
Price Chart
Oscillator chart
Bahasa: Penyimpangan bullish tetap
Penyimpangan bullish terlindung
Penyimpangan bearish tetap
Penyimpangan bearish terlindung
Carta Harga
Carta Oscillator
Biasanya peniaga Forex menggunakan model penyimpangan seperti itu sebagai bahagian atas dua kali ganda/tiga kali ganda (top double/triple top). Misalnya, dalam trend menaik (uptrend) boleh berlaku keadaan, apabila tiga atau empat tinggi lebih tinggi pada carta harga sepadan dengan tiga atau empat tinggi lebih rendah pada carta oscillator. Sebaliknya, trend menurun daripada tiga atau empat rendah lebih rendah di carta harga, terdapat tiga atau empat rendah lebih tinggi pada carta oscillator. Keadaan begitu dipanggil penyimpangan tetap tiga kali ganda atau empat kali ganda. Ia menunjukkan kelemahan trend semasa dan potensi terbalik arah. Jika anda temui penyimpangan, anda perlu sewajarnya kekalkan entry anda: sama ada tutup kedudukan anda atau gerakkan arahan henti rugi lebih hampir pada harga semasa.
Penyimpangan terlindung kebanyakannya digunakan bagi membangunkan trend penentuan (determination) dan analisis. Ia boleh tunjukkan anda tempoh tepat untuk masuki pasaran pada arah trend. Seperti selalunya, jika ada penyimpangan terlindung, harga bergerak sama ada ke minimum terakhir atau maksimum terakhir, yang seorang peniaga boleh gunakan sebagai titik entry yang tepat. Bagaimanapun, jika jarak antara potensi titik entry dan minimum terakhir/maksimum agak kecil, lebih baik untuk tunggu. Apabila penyimpangan terlindung dibentuk, sila beri perhatian kepada ketiga (forth) tinggi dan rendah. Jika anda kenal pasti pembentukan penyimpangan yang betul di ketiga tinggi (bagi trend menaik) atau rendah (bagi trend menurun) pada penyimpangan terlindung, adalah lebih baik tunggu. Isyarat yang sama menunjukkna kemungkinan keterbalikan trend.
English: A triple divergence
Bahasa: Penyimpangan tiga kali ganda
Disebabkan penyimpangan tetap lebih senang dikenal pasti dan lebih mudah untuk ditafsirkan, kebanyakan peniaga tidak menggunakan yang terlindung. Sebaliknya , gabungan penyimpangan tetap dan terlindung membolehkan anda mendapat isyarat yang lebih tepat dan meningkatkan prestasi dagangan anda.
Guna Penyimpangan Forex
Penyimpangan Forex juga boleh dibentuk di pasaran yang mendatar. Semasa tempoh ini , minimum dan maksimum julat mendatar yang terdahulu diuji.
Carta di bawah menggambarkan bagaimana garis trend membantu menetapkan penyimpangan. Apabila dua minimum muncul, satu garis trend boleh ditanda dan dipanjangkan melebihi keseluruhan panjang carta. Apabila harga kian hampir pada garisan trend, adalah penting memberi perhatian kepada oscillator, kerana pada tempoh ini, satu penyimpangan terlindung boleh dibentuk. Anda boleh lihat dengan jelas bahawa terdapat penyimpangan terlindung (garisan olive).
Sila beri perhatian kepada keadaan, apabila harga hampir pada garisan trend (23 Okt). Pada waktu itu penyimpangan tetap Forex muncul (garisan olive kedua pada MACD). Ia memberi isyarat bahawa penyimpangan terlindung dalam keadaan ini tidak lagi boleh digunakan dan terdapat kemungkinant terbalik arah trend.