Apabia pasaran mendatar, peniaga boleh gunakan oscillators menganalisis pasaran. Dalam pelajaran ini anda akan pelajari tiga oscillator paling popular: stochastic, RSI and MACD.
Perdagangan Forex dengan The Stochastic
Stochastic adalah salah satu oscillator paling popular di dunia, yang membantu peniaga faham bila harga mengubah arah. Ia digunakan dalam Forex, saham dan perdagangan crypto.
Indikator Stochastic membenarkan kita mendedahkan beberapa perkara penting:
-
Paras harga terlalu rendah atau tinggi;
-
Penyimpangan;
-
Isyarat terbalik arah trend.
Oscillator stochastic mengandungi dua garis, yang dipaparkan pada skala daripada 0 ke 100.
-
Garis pertama, juga dikenali sebagai % K, memaparkan harga ditutup semasa dalam hubungnnya dengan julat harga yang anda pilih.
-
Garis kedua , juga dikenali sebagai % D, ialah purata bergerak mudah (SMA), dihitung berdasarkan pada garis K %.
Indikator parameter boleh diubah mengikut pilihan anda sendiri.
English: overbought, oversold
Bahasa: Terlebih beli, terlebih jual
Isyarat utama yang Stochastic jana ialah terlebih beli atau terlebih jual.
-
Semua di atas 70 terlebih beli.
-
Semua di bawah 30 terlebih jual.
Isyarat terbaik yang Stochastic jana, ialah apabila garisannya melampaui zon terlebih beli dan terlebih jual di paras harga naik atau turun.
Apa itu Penyimpangan?
Penyimpangan ialah keadaan apabila harga dan indikator bergerak ke arah berlainan. Apabila harga bergerak ke satu arah (naik) tetapi indikator bergerak ke arah lain ( jatuh), seorang peniaga menerima isyarat bahawa arah harga (bullish) boleh berubah tidak lama lagi (turun).
Perdagangan Forex dengan RSI
Indeks Kekuatan Relatif (RSI) ialah salah satu daripada oscillator penting yang digunakan di serata dunia.
English : Moving Average
Bahasa: Purata Pergerakan
Dengan bantuan RSI, peniaga boleh menganalisis kekuatan atau kelemahan keadaan pasaran semasa. Indikator berdasarkan pada penggunaan harga tutup bagi satu masa tertentu. RSI dipaparkan pada skala daripada 0 ke 100:
-
Semakin hampir RSI pada 0, semakin trend bearish menjadi kurang aktif (peniaga bercadang membeli).
-
Semakin hampir RSI pada 100, semakin trend bullish menjadi kurang aktif (peniaga bercadang menjual).
Mengikut ketetapan awal (default), indikator parameter ialah 14 hari. Nilai ini boleh diubah dalam setting indikator.
Menggunakan Indikator Forex MACD
Penyimpangan Purata Pergerakan/penyimpangan (MACD) juga salah satu oscillator yang popular di serata dunia. Indikator ini telah dicipta oleh Gerald Appel pada 1979. Idea disebalik MACD ialah menunjukkan kekuatan trend, arah, momentum dan jangka masa.< br/>
The MACD terdiri daripada tiga komponen mudah:
-
Garis MACD;
-
Garis Isyarat;
-
Carta Bar.
MACD menjana isyarat dalam tiga keadaan:
-
Menyeberangi garis isyarat;
-
Menyeberang garis sifar;
-
Penyimpangan.
1) Menyeberangi garis isyarat.
Jika garis MACD menyeberang garis isyarat, seorang peniaga boleh mengharap terbalik arah harga yang tajam. Jika garis MACD menyeberang garis isyarat dari bawah ke atas, harga dijangka naik. Jika garis MACD menyeberang garis isyarat dari atas ke bawah, harga dijangka turun.
2) Menyeberang garis sifar.
Jika MACD menyeberang garis sifar dari bawah ke atas, harga dijangka naik. Jika MACD menyeberang garis sifar dari atas ke bawah, harga dijangka turun.
3) Penyimpangan.
Penyimpangan MACD berfungsi betul-betul serupa seperti dengan Stochastic. Jika MACD naik, tetapi harga turun, peniaga boleh jangka harga meningkat dalam masa terdekat. Sebaliknya: jika MACD turun, tapi harga naik, maka seorang peniaga boleh jangka harga turun pada masa depan terdekat.