3 Sesi Utama Dagangan Forex
Ini kerana ia bergerak dari satu negara ke negara lain. Dengan pusingan 24 jam, seorang peniaga boleh membeli dan menjual mata wang pada bila-bila masa, memandangkan sekurang-kurangnya satu pasaran dalam dunia dibuka. Kita boleh bahagikan sesi dagangan Forex kepada tiga sesi utama:
Sesi Asia –
Ini merangkumi aktiviti dagangan Wellington, Sydney dan Tokyo – Sydney dibuka 10:00 P.M. dan tutup 7: 00 A.M. GMT. Tokyo dibuka tengah malam dan tutup pada 9:00 A.M. GMT.
Sesi Eropah/London –
Volum dagangan paling tinggi semasa sesi ini, merangkumi lebih 37% daripada semua aktiviti dagangan serata dunia. London dibuka 8:00 A.M. GMT dan tutup pada 5:00 P.M. GMT.
Sesi AS/New York –
Ini adalah sesi terakhir pada hari tersebut, dan ia bertindih (overlap) dengan sesi Eropah /London. New York dibuka 1:00 P.M. GMT dan tutup pada 10:00 P.M. GMT.
Bila masa terbaik berdagang Forex?
Masa terbaik berdagang Forex ialah semasa berlaku pertindihan dalam masa dagangan di antara pasaran yang dibuka. Pertindihan sama dengan julat (range) harga lebih tinggi dan ia membuka lebih banyak peluang. Misalnya, berdagang pasangan EUR/USD dan GBP/USD di antara 8:00 A.M. GMT dengan 12.00 P.M. GMT – tempoh apabila dua pasaran bagi mata wang- mata wang tersebut aktif – akan memberi keputusan yang baik.
Pada masa tempoh bertindih itu, anda boleh mendapatkan volum dagangan paling tinggi dan oleh itu lebih peluang untuk mamanfaatkan pasaran tukaran mata wang asing. Lihat lebih teliti sesi dagangan yang dijalankan setiap hari.
-
New York dan London: Antara 1:00 P.M – 5:00 P.M. GMT
-
Sydney dan Tokyo: antara 1:00 – 7:00 A.M. GMT
-
London dan Tokyo antara 8:00 A.M – 10:00 A.M GMT
Satu lagi perkara yang perlu diingat ialah sementara ia adalah pasaran 24 jam, ia tidak kekal tetap (constant). Volum dagangan tidak sama sepanjang hari. Oleh itu plan dagangan anda perlu dtimbangkan kerana sesi dagang yang berlainan boleh menjadi lebih atau kurang tidak menentu (volatile).
Sementara memahami pasaran dan pertindihan boleh membantu peniaga menyusun jadual dagangan mereka , penyebaran berita utama boleh menjejas tempoh dagangan perlahan. Apabila pengumuman utama dibuat mengenai data ekonomi, mata wang boleh meningkat ) atau menurun dalam nilai dalam beberapa saat sahaja. Dalam bab selanjutnya, kita akan meneliti berita dagangan dan bagaimana menyesuaikannya pada strategi dagangan anda.