Dua Jenis Penyimpangan: Bullish dan Bearish
Terdapat dua jenis penyimpangan: bearish dan bullish dan kami akan membincangkannya keduanya dan melihat beberapa contoh di bawah.
Penyimpangan Bearish -
harga membuat paras tinggi baru, dan momentum jatuh atau tidak membuat paras tinggi baru. Akibatnya, harga dijangka bergerak lebih rendah, mengikut momentum.
Penyimpangan Bullish -
harga membuat paras rendah baru, tetapi momentum meningkat atau tidak membuat paras rendah baru. Dalam keadaan sedemikian, evolusi bullish dijangka.
Penyimpangan boleh dilihat di semua tempoh masa dan di kebanyakan carta pasangan matawang. Gunakan mata pivot, paras sokongan / rintangan melintang, Fibonacci dan sebagainya untuk menubuhkan titik masuk untuk perdagangan anda.
English: Divegences, Bearish divergence, Bullish Divergence, Price, Indicator, Price reaches a new high, Indicator makes a lower High, Price reaches a new low, Indicator makes a higher Low
Bahasa: Penyimpangan, Penyimpangan Bearish, Penyimpangan Bullish, Harga, Indikator, Harga cecah paras tinggi baru, Indikator buat tinggi yang rendah, harga cecah paras rendah baru, Indikator buat rendah yang tinggi
Faktor Penting Apabila Menggunakan Dagangan Penyimpang
Dagangan Penyimpangan mudah dan boleh didagangkan di mana-mana tempoh masa dalam pasaran FX. Ia boleh digunakan dengan MACD, RSI atau oscillator lain. Untuk analisis terbaik dalam perdagangan penyimpangan, disaran menggunakan carta garis, terutamanya apabila menggunakan indikator RSI dan lebih mudah untuk kenl pasti perbezaan di pasangan FX.
Selain itu, batang lilin atau carta bar bukan jenis carta yang ideal untuk digunakan dengan perdagangan penyimpangan disebabkan oleh sumbu. Carta garis mewakili harga tutup, iaitu RSI atau mana-mana trek indikator lain. Oleh itu, carta garis adalah lebih baik untuk mengenal pasti peluang perdagangan penyimpangan.
Apabila menggunakan penyimpangan di dalam perdagangan, usah mengambil kedudukan (position) pada tinggi atau rendah, tetapi pada paras serta merta sokongan atau rintangan. Dalam kebanyakan hal, harga pasangan FX akan terus membuat percubaan lain untuk membuat yang paras baru rendah atau tinggi, yang biasanya dilakukan oleh pasaran untuk memburu mana-mana henti (stops) yang diletakkan oleh pedagang awal yang ingin mendapatkan lebih banyak pip dari dagangan penyimpangan mereka.