Membaca sebut harga menjadi mudah sebaik saja anda memahaminya kerana ia hanya ada dua komponen: mata wang asas dan mata wang counter atau mata wang sebut harga.
Apa Itu Mata Wang Asas dan Mata Wang Sebut harga?
Matawang pertama di kiri slash dipanggil ‘mata wang asas’ sementara mata wang di kanan dipanggil mata wang sebut harga atau mata wang counter (counter currency). Mata wang asas biasanya sama dengan nilai 1.
Seperti yang digambarkan di atas, GBP (Great Britain Pound) ialah mata wang asas dan Dolar AS adalah mata wang counter. Oleh yang demikian sebut harga dibaca sebagai: 1 pound bersamaan 1.5686 Dolar AS.
Dengan lain perkataan jika anda mahu membeli satu GBP anda perlu bayar 1.5686 Dolar AS untuknya. Bagaimanapun jika anda mahu menjual satu unit mata wang asas, anda akan mendapat 1.5686 Dolar AS untuknya.
Dalam sebut harga, kedudukan matawang ditetapkan secara ketat dan piawai (standard). Contohnya, pasangan Euro dan Dolar AS ditetapkan sebagai EUR/USD dan tidak sekali-kali USD/EUR.
Harga Forex Notation dalam Empat Perpuluhan
Harga Forex biasanya disebut harga dalam empat titik perpuluhan. Mempunyai harga yang mencecah empat titik perpuluhan ada beberapa kelebihan:
-
Penurunan perbezaan antara harga beli (tanya) dengan harga jual (bida), yang menghasilkan kos urus niaga lebih kecil;
-
Kecairan lebih baik dan juga pelaksanaan (execution) lebih baik bagi peniaga;
-
Ketepatan yang tinggi dalam pelaksanaan harga (price execution).
Bagi Yen Jepun (JPY), keadaan sedikit berbeza jika dibandingkan dengan pasangan mata wang lain. Setiap kali JPY dalam mata wang counter, sebut harga Forex diberi dalam dua titik perpuluhan dan tidak empat. Selalunya, satu pasangan yen ditetapkan sebagai USD/JPY = 119.33. Ini bererti satu Dolar AS bersamaan dengan 119.33 Yen Jepun.
Dua Jenis Sebut Harga Forex
Sebut Harga langsung:
Ini adalah harga satu unit matawang asing dinilai dari segi mata wang nasional. Misalnya jika anda tinggal di Amerika Syarikat mata wang tempatan ialah Dolar AS. Oleh itu sebut harga 0.66 bagi USD/GBP akan menjadi sebut harga bagi anda dan ini bermakna satu Dolar AS boleh digunakan membeli 0.66 Pound British.
Sebut harga Tak Langsung:
Sebut harga tak langsung adalah sebaliknya daripada sebut harga langsung. Ia adalah nilai matawang tempatan dinilai dalam beberapa unit matawang asing. Untuk memudahkannya, anggap contoh berikut sebagai sebut harga tak langsung. Jika anda orang Eropah, matawang tempatan anda ialah Euro dan anda boleh lihat sebut harga seperti ini: USD/EUR 0.8765.
Ini bererti satu Dolar AS dijual sebagai tukaran bagi 0.8765 Euro. Bagaimanapun sebut harga ini akan menjadi sebut harga langsung jika anda warga Amerika.
Mengetahui jenis-jenis sebut harga amat penting apabila anda terlibat dalam dagangan luar negeri atau mengelilingi dunia. Setiap kali anda melangkah menghampiri bursa matawang tempatan atau bursa mata wang antarabangsa anda akan perasan sebut harga dipaparkan dengan jelas, memberitahu anda berapa jumlah matawang tempatan boleh dibeli bagi satu unit matawang nasional anda.