Sebaliknya, jika anda fikir nilainya akan turun lebih rendah anda akan jual EUR/USD dan membelinya balik pada kadar lebih rendah. Perbezaan harga ini akan menjadi keuntungan anda dan dengan berniaga dalam jumlah yang besar seorang peniaga akan memperoleh lebih banyak keuntungan. Jika anda mahu menjadi peniaga Forex manfaatkan akademi Forex4you dan pelajari semua perkara yang perlu untuk menjadi seorang peniaga Forex.
Mengapa berniaga Forex?
Ada dua kumpulan individu yang sertai niaga Forex: Mereka yang sudah pun bekerja secara profesional tetapi masih mencari pendapatan lebih dan mereka yang tidak bekerja dan tanpa pendapatan tetapi berusaha untuk buat duit menerusi berniaga Forex. Tidak mengejutkan jika ramai orang berminat pada perdagangan Forex; di bawah kami senaraikan manfaat lain:
-
Kecairan Tinggi:
Pasaran Forex adalah pasaran kewangan terbesar di dunia, dengan jumlah dagangan harian melebihi $5.1 trilion.
-
(Omnipresence) Di mana-mana:
Bursa niaga tidak berpusat dan semua dagangan dilaksanakan secara elektronik menerusi jaringan bank dalam pelbagai pasaran di serata dunia.
-
Berniaga sepanjang masa:
Forex adalah pasaran yang tidak pernah tidur. Ia dibuka bagi dagangan 24 jam, lima hari seminggu – Isnin hingga Jumaat.
-
Fleksibiliti:
Tidak seperti saham, yang biasanya anda perlu beli, seorang peniaga Forex boleh memperoleh untung sewaktu pasaran naik atau turun.
-
Halangan Penyertaan Rendah:
Had bagi keperluan modal adalah sangat rendah, memandangkan broker Forex menawakan berdagang dengan leveraj.
-
Kawalan individu:
Tidak seperti dulu, apabila pedagang arahkan broker lakukan apa yang perlu dibuat, pedagang hari ini berniaga langsung dalam talian menerusi pelbagai platform dagang.
-
Sendiri bos dan ikut masa kerja sendiri:
Bergantung kepada anda akan jadi pedagang jenis apa, anda boleh mengatur masa kerja sendiri dan tempat. Anda hanya perlukan Internet dan komputer riba, oleh itu anda boleh berpergian atau bekerja dari rumah.
Salah Tanggapan dan Salah Fakta Perdagangan Forex
Terima kasih kepada pasaran Forex yang membolehkan sesiapa saja buat duit, tidak kira nilai bersih seseorang, status sosial atau pelajaran. Bagaimanapun tanggapan kepada dagangan Forex boleh silap dan tidak selari dengan kenyataan.
Salah tanggapan:
Dagangan Forex boleh membuat seseorang jadi kaya dengan cepat.
Fakta:
Berdagang Forex bukan pertaruhan tetapi perlu kesabaran, kerana ia tiada destinasi terakhir. Sementara berdagang Forex berisiko, meningkatkan kebolehan (skill) boleh maksimumkan untung dan mengurangkan kerugian.
Salah tanggapan:
Jumlah anda boleh buat duit dalam Forex terhad.
Fakta:
Seorang peniaga boleh meningkatkan akaun dengan cepat dalam masa yang singkat. Secara alternatif anda boleh juga menyasarkan pendekatan pertengahan atau pendekatan jangka panjang.
Salah tanggapan:
Bagi memulakan dagangan Forex perlu ada banyak wang.
Fakta:
Seorang peniaga tidak perlukan jumlah wang yang besar dalam akaunnya untuk memulakan dagangan Forex. Sebaliknya anda boleh mulakan dagangan dengan jumlah modal sederhana.
Salah tanggapan:
Peniaga Forex sepenuh masa tidak bekerja sepenuh masa.
Fakta:
Pasaran Forex bukan pekerjaan 9 hingga 5. Seorang peniaga boleh membuat dagangan yang cemerlang dan peroleh untung yang besar dan selepas itu berehat hingga akhir bulan.
Mutu dan Kemahiran bagi Menjadi Peniaga Forex yang Berjaya
Untuk menjadi seorang peniaga yang berjaya dalam pasaran Forex adalah penting bagi peniaga meningkatkan atau memiliki mutu dan kemahiran berikut.
Jadi diri sendiri:
Setiap peniaga ada matlamat niaga sendiri dan tindakannya dalam pasaran menjurus kepada matlamat tersebut. Oleh itu meniru strategi orang lain tanpa memahaminya akan menyebabkan kerugian. Bagaimanapun tumpuan kepada matlamat peribadi boleh membantu anda membuat keputusan setakat mana risiko boleh anda hadapi.
Yakin pada diri sendiri:
Strategi dagangan anda boleh meraih keuntungan lumayan jika anda yakin tetapi jika anda tidak yakin dengan tindakan anda sudah tentu anda akan kehilangan wang anda. Pegang kepada strategi walau apa pun yang berlaku. Jangan mengubah taktik dan dagangan tidak menguntungkan. Selalu ingat, keyakinan hanya dicapai dengan latihan berterusan.
Kemahiran:
Apabila melakukan kajian bagi mengumpulkan maklumat yang relevan, pastikan anda cekap menganalisis data dan cekap membuat penilaian pasaran berlainan.
Biar bertenang:
Tiada penganalisis mampu mengagak pergerakan pasaran tepat 100%. Oleh itu peniaga perlu selalu bersedia bagi pelbagai keadaan; panik akan mengakibatkan membuat keputusan yang buruk. Peniaga yang berjaya tahu apa yang perlu dibuat jika pasaran tidak menggalakkan.
Berdagang Forex sukar tetapi tidak mustahil. Sementara ia kerjaya yang lumayan, ia perlukan kemahiran, disiplin dan wang untuk berjaya. Manfaat Forex4you akademi ialah untuk meninjau, belajar apa yang perlu untuk menjadi peniaga profesional.