• Menjadi rakan kongsi
  • 1-800-813-772
  • Untuk lebih memahami apa itu spread, adalah penting bagi anda terlebih dahulu mengetahui bahawa dalam pasaran Forex , harga ditunjukkan (represented) sebagai pasangan matawang atau sebut harga kadar tukaran , di mana nilai relatif satu unit mata wang dinilai dalam unit matawang lain.

    Kadar tukaran yang berkait guna (applied) kepada pelanggan yang sedia membeli mata wang sebut harga dipanggil harga BIDA. Ia adalah harga tertinggi seorang pembeli sedia untuk bayar bagi pasangan mata wang dan harga mata wang sebut harga dipangggil harga TANYA.

    Apa itu Spread?

    Harga BIDA biasanya lebih rendah daripada harga TANYA. Oleh itu apa itu spread? Ia adalah perbezaan antara harga TANYA atau harga tawaran dengan harga BIDA. Spread mewakili kos khidmat broker menggantikan bayaran urusniaga. Ia secara tradisi ditunjukkan (denoted) dalam pip – satu peratusan dalam mata (point), iaitu titik perpuluhan keempat dalam sebut harga matawang.

    Anda membayar spread setiap kali anda beli dan jual pasangan matawang. Anda boleh anggap ia sebagai komisen broker dalam talian kenakan ke atas anda untuk berdagang. Untuk lebih memahaminya sila lihat contoh berikut:

    Contoh:

    Jika satu matawang ada harga tertentu, misalnya GBP/USD = 1.5705, broker akan sebut harga sedikit tinggi 1.57706 jika anda berhasrat untuk beli. Jika anda mahu menjual pasangan mata wang, mereka akan beli semula dengan hanya 1.5704. Oleh itu nilai spread sama dengan perbezaan antara harga bida dengan harga tawaran.

    Di bawah satu lagi contoh sebut harga EUR/USD sebagai 1.25387/1.25403. Di sini spread adalah 0.00016 atau 1.6 pip.

    English: Sell, Buy
    BAHASA: Jual, Beli

    Dengan lain perkataan terdapat perbezaan 0.16 sen antara apa yang anda bayar untuk beli pasangan EUR/USD, dan apa yang anda perolehi jika anda menjualnya. Jika anda menjual mata wang itu dan bercadang untuk beli semula mata wang yang anda baru jual sedang nilainya tidak berubah satu titik, maka perbezaan yang anda akan rugi ialah spread 1.6 pip sebagaimana dalam contoh yang diberi.

    Walaupun nilai ini kelihatan tidak penting, perubahan dalam titik paling kecil boleh menyebabkan ribuan dolar diperolehi atau hilang apabila berdagang dalam jumlah yang banyak.

    Ada dua jenis spread Forex

    1

    Spread tetap (Fixed Spread):

    Ini adalah perbezaan harga yang berterusan antara harga Tanya dengan harga Bida, dan tidak bergantung pada keadaan pasaran. Broker Forex kekalkan secara buatan (artificial) spread tetap.

    2

    Spread berubah (Variable Spread):

    Spread jenis ini turun naik berhubung kait dengan keadaan pasaran. Secara umum spread berubah-rubah rendah semasa pasaran tidak aktif. Bagaimanapun semasa pasaran tidak menentu, spread berubah-rubah boleh meluas. Sedang jenis spread inI lebih mirip dengan pasaran sebenar ia membawa ketidak tentuan pada dagangan dan menjadikan membentuk strategi berkesan lebih sukar.

    Catatan berkaitan