Memasang Aplikasi MT4 iPhone
Transkrip Video
Memasang Aplikasi MT4 iPhone
Ada 2 cara untuk memuat turun aplikasi aplikasi MT4 iPhone iPhone.
Cara yang pertama, anda perlu ke lelaman web Forex4you kemudian ke bahagian menu Platforms dan di menu utama pilih MetaTrader 4, kemudian pilih “Download on the Apple Store”. App Store akan membuka menu untuk memuat turunkan Aplikasi MT4 iPhone.
Cara yang kedua adalah dengan mengklik ikon App Store pada iPad anda untuk memasuki App Store. Kemudian taipkan "MetaTrader 4" dalam tetingkap carian. App Store akan mendapatkan aplikasi MetaTrader 4.
Klik butang “Get” untuk memulakan pemasangan. Masukkan kata laluan Apple ID anda untuk mengesahkan muat turun. Pertama kali anda memuat turun dan memasang aplikasi daripada App Store, anda akan melihat ikon MetaTrader 4 muncul di skrin anda.
Pilih ikon ini dengan menekannya. Setelah terbuka, anda akan melihat skrin log masuk utama dengan dua pilihan.
Pada halaman berikut ini anda akan melihat setiap pasangan mata wang yang ditawarkan oleh Forex4You yang tersedia di platform mudah alih.
Bagi setiap mata wang tersenarai anda akan melihat simbol huruf i di dalam bulatan berwarna biru di sebelah kanan dan simbol “+” yang berwarna hijau di sebelah kiri. Jika anda menekan simbol huruf i di dalam bulatan berwarna biru, anda akan mendapat semua butiran mengenai pasangan mata wang tersebut seperti spread dan swap.
Jika anda tekan pada simbol “+”, ia akan menambah pasangan mata wang itu ke halaman petikan dan membolehkan anda untuk mendagangkannya dan membuka carta untuk pasangan mata wang itu. Setelah anda menekan simbol “+”, tpasangan mata wang akan disingkirkan dari senarai. Setelah anda memilih pasangan mata wang yang ingin anda tambah, sila tekan butang “Done” di sudut kanan bahagian atas halaman. Anda kini akan kembali ke bahagian petikan platform. Di atas bahagian petikan (di sebelah kiri butang ”+” yang disebut sebelum ini), anda akan melihat 3 butang” Advanced, Simple dan Edit (simbol pensil). “Simple ” dan “Advanced” adalah dua cara berbeza untuk melihat skrin petikan. Bahagian “Advanced” memaparkan dua angka terakhir pada harga dalam font yang lebih besar dan diserlahkan untuk membuatkan bahagian harga lebih mudah dilihat. Versi “Simple ” mengekalkan font dan saiz yang sama bagi harga. Terpulang kepada anda untuk menggunakan versi yang mana. Butang “Edit” (simbol pensil)) membolehkan anda untuk mengalihkan susunan mata wang di skrin petikan serta memadamkan pasangan mata wang.
Jika anda menekan pada mana-mana pasangan mata wang dari skrin petikan, satu kotak akan muncul dan mengemukakan 4 pilihan kepada anda; “Trade”, “Chart”, “Details” dan “Cancel.”
Jika anda tekan “Cancel,” anda akan kembali ke skrin sebelumnya dan kotak pemberitahuan akan hilang. “Details” akan menunjukkan semua parameter pasangan mata wang yang anda pilih. Jika anda menekan “Chart,” anda akan membuka carta bagi pasangan mata wang yang terpilih itu. Jika anda tekan pada butang “Trade”, ia akan membuka kotak dagang untuk pasangan mata wang yang anda pilih. Kita akan bincangkan topik ini dengan lebih lanjut nanti.

- Pilihan pertama adalah untuk melog masuk ke akaun sedia anda. Jika anda memilih pilihan ini, anda perlu mencari pelayan Forex4you yang tepat dengan menaipnya di ruang carian. Nama pelayan boleh didapati di dalam emel Forex4you, yang telah dihantarkan kepada anda semasa proses pembukaan akaun. Setelah anda menjumpai pelayan yang tepat, klik padanya dan masukkan butiran log masuk numerik akaun dan kata laluan anda. Hidupkan pilihan “save password” untuk mengelakkan daripada harus memasukkan kata laluan setiap kali anda membuka aplikasi. Jika fungsi ini dihidupkan, anda akan dilog masuk ke akaun anda secara automatik. Jika fungsi ini dimatikan, anda perlu memasukkan butiran log masuk dan kata laluan anda setiap kali anda ingin melog masuk ke akaun anda.
- Pilihan kedua adalah untuk mencipta sebuah akaun demo baru. Kami menasihatkan anda untuk membuka akaun demo secara langsung di lelaman web Forex4you dan gunakan pilihan pertama untuk melog masuk.