Asas Market Watch
Transkrip Video
Bahagian “Market Watch” MetaTrader 4, yang menunjukkan harga-harga bida dan tanya, dan membenarkan anda untuk melihat instrumen, membuat pesanan, membuka carta. Semua instrumen di mana terminal Dagang mendapat petikan dari pelayan disenaraikan di dalam tetingkap “Market Watch”.
Data diwakili di dalam tetingkap ini sebagai jadual dengan beberapa ruang isi. Ruang "Symbol" mengandungi nama instrumen. Ruang untuk "Bid" , "Ask ", dan "Time" menunjukkan harga dengan masa dikemaskini daripada pelayan. Nilai ruang "High" dan "Low" dikira atas dasar perubahan harga dalam masa sehari. Tetingkap “Market Watch” boleh dibuka/ditutup dengan menekan kekunci “Ctrl+M”,atau perintah menu "View – Market Watch", atau dengan menekan butang “Arrows” di toolbar "Standard".
Tetingkap ini membolehkan anda untuk membuat pesanan pasaran dan pesanan belum selesai dan membuka carta baru. Dengan mengklik bahagian kanan tetikus dalam tetingkap “Market Watch”, menu konteks akan muncul. Di sini, beberapa perintah berikut ini akan didapati:
Pesanan Baru – di sini seorang pedagang boleh menyediakan dan menetapkan pasaran atau pesanan belum selesai untuk simbol terpilih. Ketika menyediakan pesanan, seseorang itu boleh mengkhususkan tahap Henti Rugi dan Ambil Untungnya. Maklumat lanjut boleh didapati di dalam video-video seterusnya.
Tetingkap "New Order" juga boleh dibuka dengan mengklik dua kali pada nama instrumen di dalam tetingkap “Market Watch”, mengikut perintah menu “Tools - New Order”, atau mengikut perintah menu konteks tetingkap “Terminal – Trade – New Order”, atau dengan menekan butang “New Order” di toolbar “Standard”.
Tetingkap Carta – ini membuka carta simbol terpilih.
Carta simbol ini boleh dibuka mengikut perintah menu “File – New Chart” dan “Window – New Window” dan dengan menekan butang “New Chart” di toolbar “Standard”.
Carta Tick – ini membuka carta tick bagi simbol terpilih. Tidak seperti carta biasa, carta tick ini terletak di tetingkap “Market Watch” itu sendiri. Carta tick bagi simbol terpilih juga boleh dilihat dengan beralih kepada tab dengan nama yang sama di tetingkap yang sama. Data tick muncul hanya apabila akaun bersambung. Oleh itu, jika sebuah akaun itu tidak aktif untuk beberapa waktu, carta tick boleh kelihatan kosong pada mulanya. Data tick disimpan berasingan untuk setiap pelayan
Kedalaman Pasaran – ini membuka kedalaman pasaran untuk simbol terpilih.
Spesifikasi– ini membuka parameter simbol.
Sembunyi– ini memadam simbol dari senarai. Untuk mengurangkan trafik, disarankan supaya instrumen yang tidak dipakai disembunyikan dari tetingkap petikan dengan menekan butang Padam. Sila beri perhatian, apabila terdapat kedudukan terbuka atau pesanan yang tidak selesai untuk simbol, simbol tidak boleh dipadamkan.
Sembunyi Semua – ini memadamkan semua simbol dari senarai. Perintah ini tidak terpakai untuk instrumen yang mempunyai kedudukan terbuka atau carta.
Tunjuk Semua – ini menunjukkan semua instrumen yang boleh didapati dalam senarai. Selepas perintah ini dilaksanakan, petikan untuk semua simbol ini akan mula masuk.
Simbol – ini tetingkap yang menunjukkan senarai semua simbol yang boleh didapati. Simbol dikumpulkan di dalam tetingkap mengikut jenis. Perintah “Tunjuk Simbol” membolehkan anda untuk menambah simbol yang perlu ke dalam tetingkap petikan, sementara “Sembunyi Simbol” digunakan untuk memadam simbol. Perintah tetingkap "Ciri" membolehkan anda untuk melihat parameter simbol.
Set – Ini membuka sub-menu yang menguruskan set simbol. Set simbol semasa yang disimpan di dalam sub-menu ini, dan padam atau pilih yang sudah pun sedia ada. Ini memberikan keselesaan apabila bekerja dengan instrumen yang berbeza.
Spread – ini menunjukkan/ menyembunyikan kolum yang memaparkan spread, iaitu perbezaan di antara harga-harga “bida” dan “tanya”.
Tinggi/Rendah – ini menambah nilai paling tinggi dan paling rendah kepada harga harian kepada petikan yang terpapar.
Masa – ini menunjukkan masa kemasukan petikan.
Auto Susun – ini menyusun secara automatik kolum, apabila menukar saiz tetingkap. Auto Susun juga boleh dihidupkan dengan menekan “butang A”.
Grid – ini menunjukkan/ menyembunyikan grid pemisah kolum. Grid juga boleh dilihat dengan menekan butang G.
Harga Popup – ini membuka tetingkap petikan tambahan. Anda boleh membuka tetingkap dengan menekan F10 di papan kekuunci anda. Senarai simbol dalam tetingkap ini sama dengan yang di dalam tetingkap “Pantauan Pasaran”, pada masa pelaksanaan perintah. Ini bermakna bahawa perubahan kepada senarai simbol di dalam tetingkap “Pantauan Pasaran” tidak mempengaruhi yang di dalam “Harga Popup”. Ia adalah sebuah tetingkap maklumat, tetapi perdagangan juga boleh dilakukan di sini. Untuk melakukan demikian, anda perlu mengklik dua kali pada bahagian kiri tetikus, pada instrumen yang diinginkan. Dalam menu konteks tetingkap ini, terdapat perintah yang membenarkan anda untuk menyediakan data memaparkan parameter, membolehkan mod skrin penuh, atau mencari tetingkap di atas semua yang lain.