Asas Terminal
Transkrip Video
”Terminal"adalah sebuah tetingkap dengan pelbagai fungsi, yang memberikan seorang pedagang akses kepada pelbagai ciri. Tetingkap ini membolehkan anda untuk mengawal aktiviti perdagangan anda, membaca berita, melihat sejarah akaun, menyediakan peringatan, bekerja dengan mel dalaman dan jurnal. Tetingkap ini boleh dibuka dengan perintah menu "View – Terminals", dengan menekan kekunci Ctrl+T, atau butang tetingkap "Terminal" pada toolbar "Standard".
Di dalam tetingkap Terminal, anda boleh menjejaki dagangan terbuka dengan mengklik tab Trade atau melihat dagangan sebelumnya yang telah anda tutup dengan mengklik tab Account History. Anda juga boleh melihat sebarang peringatan, yang telah anda buka, di bawah tab Alerts dan sebarang mesej yang anda terima daripada Forex4you di bawah tab Mailbox . Semua berita kewangan yang masuk ke terminal boleh diakses melalui tab News . Maklumat mengenai kefungsian pakar, termasuk pembukaan/penutupan kedudukan, perubahan pesanan, mesej pakar itu sendiri, semuanya diterbitkan di tab Experts.
Untuk maklumat lanjut mengenai tetingkap Terminal sila tonton video kami yang seterusnya, yang bertajuk “Terminal Window in Detail”.